Khareena
Ayuni dan Hanis Avira. Kalau tak berkepit ke mana-mana memang tak sah. Sungguh
pun perangai mereka jauh berbeza macam langit dan bumi, namun tiada apa yang
mampu menghalang mereka daripada terus bersahabat. Kalau Khareena dikenali
dengan sifatnya yang bersopan-santun, Avira pula terkenal dengan perangai
gediknya sehingga membuatkan ramai yang meluat apabila melihat dia. Kalau tak,
mustahil dia Berjaya menyandang gelaran perempuan gedik SMK Dato’ Haji Hadi.
Memang
Avira punya ramai kawan, tetapi tidak semua yang benar-benar ikhlas. Siapa yang
mampu bertahan dengan perangainya yang satu tu memang hati keringlah. Tetapi dia
bukanlah teruk sangat. Selalunya kalau ada apa-apa masalah, Avira akan cuba
untuk menolong. Dan kerana itulah Khareena tetap berada di samping Avira.
Kalau
boleh, dia juga ingin mengubah perangai sahabatnya itu menjadi lebih baik.
Lagipun, Khareena tahu di sebalik sifat Avira itu, tersembunyi satu rahsia yang
terpendam jauh di sudut hatinya. Hanya Khareena yang mengetahui sebab Avira
menjadi begitu.
“Reen,
jom teman aku jumpa Duan!” Ajak Avira.
“Kau
nak buat apa jumpa dia? Pagi tadi kan dah jumpa. Mentang-mentang cikgu tak
masuk, kau nak pergi berfoya-foya pula ya,” bebel Khareena.
“Alah
kau ni, relakslah! Aku nak bagi coklat ni aje. Bukan nak buat apa-apa pun,”
Avira mengendeng di bahu Khareena.
“Hesy,
tak ada waktu lain ke kau nak bagi kat dia? Kalau Afiq nampak nanti, tak
pasal-pasal dia makan nasi berlaukkan hati.”
“Biarlah
dia nampak pun. Apa aku kisah?”
Khareena
yang sedang duduk kemudiannya berdiri menghadap Avira.
“Memang
kau tak kisah. Tapi jagalah perasaan Afiq tu. Memang kau tak suka dia tapi kau
juga yang mengada-ngada layan dia dulu.”
“Baiklah
tuanku. Patik akur dengan titah perintah tuanku.”
“Kau
ingat aku ni Yang Di-Pertuan Agong ke? Kalau kau nak membodek guna cara tu, tak
payahlah. Lame okey? Jangan nak risau
sangat. Nanti masa balik aku temanlah kau jumpa Duan.”
Khareena
cuba untuk mengambil hati Avira kembali.
“Sebab
tu aku sayang kau, Reen!”
“Masa
nilah baru kau nak sayang aku kan?”
“Eh,
hari-hari aku sayang kaulah. Kau aje yang tak tahu.”
“Aku
pun sayang kau, Vee!”
******
“Haa!”
Tersentak
Khareena mendengar sergahan Avira.
“Cik
Vee, dah lupa ya macam mana nak bagi salam?”
“Wei,
ayat kau tak boleh pedas lagi ke?”
“Nak
pedas lagi, pergilah ambil cili padi kat belakang sekolah ni. Pastu tenyeh kat
mulut kau tu.”
“Kau
ni memang kan. Dengar sini baik-baik. Assalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh!”
“Waalaikumussalam
warahmatullah hiwabarakatuh. Pandai pun bagi salam,” perli Khareena lagi.
“Sudah
cukup-cukup sudah! Sekarang ni aku nak tahu kenapa kau termenung. Teringat kat
Alif ke? Nak tak kalau aku panggil dia datang sini?”
Kali
ini giliran Avira pula menggiat Khareena.
“Jangan
nak mengadalah. Aku tengah fikir pasal hala tuju aku lepas SPM ni,” tipu
Khareena.
“Yalah
tu! Kau sebenarnya tengah fikir kenapa Alif boleh couple dengan Alia kan?”
Khareena
terkesima. Dia tidak menyangka Avira boleh menebak perasaanya dengan begitu
mudah. Khareena tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala untuk menutup
galau di hatinya.
“Mana
ada aku fikir pasal Alif. Suka hati dialah nak couple dengan siapa pun.”
“Tapi
kau dah lama suka kat dia kan?”
“Memang.
Tapi aku lebih pentingkan SPM. Aku betul-betul risau ni. Kau tengok ajelah result aku kali ni. Cukup-cukup makan
aje.” Khareena cuba menukar topik.
Dia
tidak mahu membicarakan tentang Alif lagi. Bimbang segala rahsianya selama ini
akan terbongkar di hadapan Avira. Walaupun Avira sahabatnya, dia masih belum
bersedia untuk memberitahu isi hatinya yang sebenar. Kalau bukan kerana Avira
telihat gambar Alif di dalam biliknya, pasti sampai sekarang pun Avira tidak
tahu tentang hal itu.
“Aku
pun risau juga. Tapi masih ada masa lagi kan? Kita enjoy dulu okey?”
“Kau
ni main-main pula!”
“Sebab
kau tu serius sangat.”
“Whatever!”
“Uih,
sejak bila kau pandai guna perkataan whatever
ni? Bukan ayat kau brutal-brutal ke selalunya?”
“Sejak
aku kawan dengan kaulah,” Khareena menjelirkan lidahnya kepada Avira.
“Kurang
kolesterol punya perempuan!”
Avira
mengejar Khareena yang sudah pun lari masuk ke kelas.
******
“Nak
mesej ke tak?” bisik Khareena pada dirinya sendiri.
“Ah,
mesej jela! Aku kan dah kawan dengan dia sejak darjah satu lagi.”
+ Assalamualaikum, kau busy ke?
: Waalaikumussalam. Tak
adalah busy sangat. Kenapa?
+ Aku nak tanya kau
sikit. Boleh ke? Tapi kalau kau rasa pertanyaan aku ni menganggu, tak payahlah
jawab.
: Tanya jelah mak cik
oi.
+ Kenapa kau couple
dengan Alia?
Mesej
yang dihantar Khareena tidak berbalas. Terbit penyesalan di hatinya kerana
bertanya yang bukan-bukan. Khareena menyembamkan mukanya ke atas bantal. Tidak
lama kemudian, lagu Pesan Cinta berkumandang menandakan ada mesej yang baru
masuk. Lambat-lambat Khareena mencapai telefon bimbitnya. Apabila dia melihat
nama yang tertera, dengan pantas dia duduk semula.
: Aku couple dengan dia
sebab aku nak ubah dia jadi lebih baik.
“Panjang
ni aje dia reply? Ingatkan tadi dok
mengarang. Haih!”
+
Tapi kenapa sampai couple? Bukan ke
couple tu haram. Dulu kau pun cakap camtu kan?
: Aku bukannya cakap
benda lagha pun dengan dia. Aku banyak bagi nasihat kat dia.
+ Niat tak menghalalkan
cara.
Alif
tidak membalas mesej Khareena lagi. Mungkin hilang idea untuk membidas
kata-kata Khareena atau mungkin juga dia tidak suka dengan kata-kata itu..
Malam itu Khareena tidur bertemankan air mata. Dia bimbang Alif tidak mahu
menegurnya lagi kerana terasa hati dengan mesej terakhir yang dihantarnya.
******
“Reena!”
“Alif
panggil aku? Biar betul ni. Malam tadi bukan ke…”
“Wei
Reena! Kau tak dengar ke aku panggil ha?”
“De…
de… dengar! Adess, aku dah lupa apa aku nak tambah kat esei aku ni. Hesy,
kaulah ni. Jerit-jerit nama aku,” Khareena pura-pura marah. Walhal dia
sebenarnya cuma ingin menutup gelabah yang telah melanda dirinya.
“Kau
yang lupa aku pula yang salah,” rungut Alif.
“Hmm,
kau nak apa?”
“Nak
apa apa kau ni?” Alif menggaru-garu kepalanya.
“Kau
nak apa panggil aku tadi?”
“Kau
tak suka aku couple dengan Alia eh?”
Mendadak
tahap adrenalin Khareena menaik. Sekiranya ada apa-apa berada di dalam
mulutnya, pasti sudah terkeluar dek kerana terkejut akan soalan yang ditanya
Alif.
“Err,
aku bukan tak suka. Cuma tiba-tiba sangat. Bukan ke dulu kau tak suka
benda-benda macam ni? Dan kenapa kau pilih dia?”
Dalam
cuak-cuak pun, boleh tahan banyak juga soalan yang Khareena ajukan.
“Macam
yang aku cakap malam tadi, aku nak ubah dia.”
Khareena
mengeluh kerana Alif tidak menjawab seperti mana yang dia inginkan.
“Okey!”
“Okey
je kau cakap?”
“Yalah!
Kau nak aku cakap apa pula lagi? Hmm, aku nak pergi perhimpunan dulu. Since kau dah ada kat sini, tolonglah
suruh budak bawah ni pergi perhimpunan. Couple-couple
pun, tugas kau jangan lupa pula.”
Khareena
berlalu pergi. Tapi bukan ke perhimpunan sebaliknya ke tandas. Entah kenapa dia
tidak dapat menahan sebak di dada.
Dua
minggu kemudian…
“Reen!”
panggil Avira.
“Apa
dia?”
“Sinilah.
Kau mesti takkan percaya punya.”
Dengan
malas, Khareena bangun juga hendak melihat apa yang ditunjukkan oleh Avira.
Tanpa perlu Avira tunjukkan, mata Khareena sudah dapat menangkap apa yang
menarik perhatian Avira.
“Kenapa
dia jalan dengan Farid?”
“Aku
tak tahu. Mungkin kau patut tanya Farid,” cadang Avira.
Khareena
cuma tersenyum. Dia tidak mahu menyusahkan diri bertanya tentang perkara yang
tiada kaitan dengannya. Dia lebih bimbangkan keadaan Alif.
“Vee,
nampak Alif tak?”
“Tu,
dia baru datang!”
Khareena
duduk di tangga. Ketika Alif naik, Khareena menahannya.
“Nanti
jumpa aku kat tempat biasa. Ada benda yang aku nak bincangkan dengan kau.”
“Apa
yang kau nak bincangkan?” tanya Alif.
“Mungkin
kau patut tanya diri kau dulu.”
Sejurus
itu, Khareena terus turun ke bawah untuk menjalankan tugasnya.
******
“Kau
nak apa jumpa aku ni Reena?”
“Kau
rasa?”
“Aku
tak ada masa nak main-mainlah!” tengking Alif.
Khareena
terkaku. Sepanjang mereka berkawan, Alif tidak pernah menengkingnya.
“Sorry!” perlahan sekali suara Khareena.
“Kenapa
kau nak jumpa aku?” Alif mengulang kembali soalannya. Namun suaranya sudah
mengendur sedikit.
“Pasal
Alia,” lambat-lambat Khareena menuturkan ayatnya. Bimbang ditengking sekali
lagi.
“Ya,
aku memang dah putus dengan dia. Dah dua hari dah pun. Mungkin aku tak layak
untuk dia. Jadi aku lepaskan dia walaupun aku tak sanggup.”
Tanpa
dipinta, Alif meluahkan apa yang terbuku di hati. Tapi Khareena tidak mampu
untuk menghadam kata-kata Alif. Bahkan untuk menelannya pun Khareena tidak
sanggup. Seingat dia, Alif hanya ingin mengubah Alia. Tapi kenapa dia bersedih
sangat macam kena tinggal dengan isteri.
“Kau
tak layak untuk dia? Sepatutnya kau cakap dia tak layak untuk kau!”
“Kenapa?
Sebab dia sosial? Macam tu? Habis kau tu mulia sangat ke?”
Khareena
tergamam. Dia tidak tahu hendak memberikan respons apa terhadap pertanyaan Alif
yang melulu itu. Dia merasakan Alif sudah berubah. Berbeza daripada yang dulu.
“Okay, our conversation stop here!”
Khareena
tergesa-gesa pergi. Air matanya tumpah tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Dia
tidak mampu untuk menerima perubahan Alif.
“Reen,
kau kenapa ni?”
Khareena
hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Baik
kau cakap dengan aku,” desak Avira.
“Tak
ada apa-apalah,” Khareena tersenyum pahit.
“Aku
ni memang bukan kawan kau?”
Avira
ingin berlalu pergi tetapi Khareena berjaya menahannya.
“Okey,
aku cerita. Tapi bukan kat sini. Jom masuk kelas. Sekarang waktu free kan?”
Mereka
jalan beriringan masuk ke kelas. Alif masih termenung di pondok itu. Entah
kenapa bayangan Khareena tidak boleh dilupuskan. Hampir-hampir sahaja dia
menjerit, tapi dia masih waras. Bimbang menjadi perhatian pelajar lain pula.
‘Maafkan
aku, Khareena Ayuni!’ jerit Alif dalam hati. Dia kesal kerana terlampau
berkasar dengan kawan baiknya sejak dari sekolah rendah itu.
****
“Jadi,
apa yang kau nak buat sekarang?” Avira bertanya dengan perasaan ingin tahu.
“Buat
apa-apa ajelah,” Khareena memberikan respons acuh tak acuh.
“Reen!”
Avira menekan suaranya. Perlahan tapi kedengaran keras sekali.
“Lupakan
perasaan aku yang tak patut ni. Tapi aku takkan lupakan dia sebab dia kawan
baik aku.”
Khareena
menggigit bibirnya. Dia tidak sanggup hendak melupakan perasaan yang telah
wujud dalam hatinya sejak beberapa bulan yang lalu. Tapi apa pilihan yang dia
ada. Baginya mengekalkan persahabatan itu lebih penting meski pun Khareena
tidak tahu apakah silaturahim antara dia dan Alif masih mampu bertahan.
“Okey,
aku faham. Aku memang bukan kawan baik kau, Reen! Bahkan, untuk menjadi kawan
kau pun aku tak layak,” sinis bicara Avira.
“Sebab
kau BFF aku. Alif kawan baik aku. Tak sesuailah kalau aku cakap Alif BFF aku.
Bunyi macam Alif tu lembut pula,” Khareena mengambil langkah bijak untuk
menghapuskan bunga-bunga pergaduhan. Sungguh pun Avira nampak kasar, tetapi
hatinya mudah beremosi.
“Huh?”
“Cuba
kau bayangkan Alif lembut,” Khareena tertawa kecil. Avira hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Reen,
walapun palsu tapi kau cantik bila ketawa. Masa kau nangis tadi, macam nenek
kebayan aje aku tengok kau ni.” Sejurus itu, bersepah ketawa Avira.
Khareena
tersenyum apabila melihat Avira sudah kembali seperti biasa. Nampaknya gurauan
spontan dia yang tak berapa nak lawak tu untuk mengelakkan pergaduhan dengan
Avira menjadi.
****
Khareena
sudah boleh menerima bahawa dia dan Alif
tidak mungkin akan bersama. Dia menjalani kehidupannya seperti biasa.
Walaupun payah, tapi dia yakin dia mampu menghilangkan perasaan itu seperti
mana dia mampu menghadirkan perasaan itu dalam dirinya satu ketika dahulu.
Namun
jantungnya seakan disentak apabila matanya menangkap tingkah Avira dan Alif
yang kelihatan sungguh rapat. Seperti…sepasang kekasih! Lambat-lambat Khareena
menapak ke arah mereka.
“Assalamualaikum,”
sapa Khareena. Dia cuba berlagak tenang meski hatinya gundah.
“Waalaikumussalam,”
Alif dan Avira menjawab serentak. Khareena terkesima.
Tanpa
membuang masa, Khareena berlalu pergi. Dia tidak betah berlama-lama di situ.
Seolah-olah menambahkan lagi luka yang masih berdarah di hatinya. Avira hanya
memandang pergerakan Khareena tanpa berniat untuk menegah. Bibirnya meleretkan
senyuman. Terpancar satu kepuasan di wajahnya.
“Kau
rasa dengan cara ni, Khareena akan lupakan aku ke?” Pertanyaan Alif memecah kesunyian.
“Haa?
Hmm…aku rasa dia akan lupakan kau,” teragak-agak Avira menjawab.
“Aku
tak sampai hati nak buat dia macam ni. Tapi, aku terpaksa.”
“Kau
tak perlu nak rasa bersalah,” pujuk Avira. Suaranya begitu lembut sekali.
“Hmm!”
Sejurus itu, Alif pergi ke kelasnya. Meninggalkan Avira sendirian di kaki lima.
Avira
menuju ke kelasnya pula. Dia membayangkan kesakitan yang bakal dirasai
Khareena. Terbentuk satu senyuman kecil di wajahnya.
‘Kali
ni kau akan rasa apa yang aku pernah rasa dulu!’ bentak Avira dalam hatinya.
****
Khareena
duduk di perhimpunan. Matanya melilau-lilau ke serata tempat dan berhenti
apabila terlihat Alif dan Avira sedang bermesra. Khareena berasa sungguh sakit.
Entah kenapa perasaannya kuat mengatakan mereka sengaja bersandiwara di
hadapannya.
‘Ah,
Avira memang macam tu dengan semua lelaki!’ Khareena berusaha memujuk kegalauan
hatinya.
“Hai
sayang, kenapa kau turun dulu? Tak tunggu aku pun kan,” Avira memuncungkan
bibirnya.
“Kau
jangan nak gedik sangat boleh tak?”
Khareena
menekup mulutnya. Tidak menyangka dia akan berkata sedemikian. Cepat-cepat dia
beristighfar. Berlainan dengan Avira. Dia tersenyum sahaja. Baginya, kemarahan
Khareena merupakan satu kejayaan.
“Hari
ni aku saja turun awal. Esok aku tunggulah kau,” senyuman paksa terukir di bibirnya.
Dia tidak mahu Avira tahu apa yang bermain dalam fikirannya saat ini. Takut
Avira terluka. Walhal hatinya sudah berdarah-darah melihat adegan tadi. Malah lebih parah lagi.
“Tak
apalah,” Avira masih tersenyum seperti tadi.
Khareena
berlagak selamba tanpa mengetahui maksud senyuman rakan baiknya itu.
“Minggu
depan ada studython. Tak sabarnya aku
nak pergi,” Avira ingin menyambung perbualan.
“Aku
pun,” tutur Khareena tidak ikhlas.
“Nanti
dalam bas, kau duduk dengan aku eh?”
“Pernah
ke aku duduk dengan orang lain kalau kau ada?”
“Sebab
tu aku sayang kau,” ucap Avira.
Khareena
mendiamkan diri. Selalunya, dia akan membalas bila Avira berkata seperti itu.
Tapi tidak kali ini.
‘Kalau
kau sayang aku, kau tak akan buat aku macam ni Hanis Avira,’ bisik hatinya.
Hari
yang dinanti-nanti pelajar tingkatan lima pun tiba. Avira kelihatan benar-benar
seronok. Sedikit sahaja lagi, dia akan menggapai kemenangan yang ditunggunya
selama ini. Khareena pula bertindak sebaliknya. Dia seolah-olah manusia yang
tidak punya apa-apa perasaan. Avira yang melihat keadaan Khareena segera
memeluk rakannya.
“Kau
kata kau tak sabar nak pergi, ni dah kenapa moyok aje?” tanya Avira.
“Entah,
aku tak sedap hatilah.”
“Jangan
fikirkan sangat, nanti kalau ada apa-apa cerita kat aku ya. Sekarang ni jom
kita naik bas dulu,” saran Avira.
Dalam
bas, Khareena duduk di tepi tingkap. Selalunya dia dan Avira akan berebut untuk
duduk di situ. Tapi hari ini Avira sengaja memberi laluan mudah kepada
Khareena.
‘Senanglah
kau nak nangis nanti. Tak payah susah-susah nak menyorok,’ Avira ketawa kecil
mendengar bisikan hatinya.
“Kenapa
kau gelak?” tanya Khareena. Pelik melihat ulah Avira.
“Tak
ada apa-apalah. Aku kelakar tengok burung kat luar tadi,” tipu Avira. Khareena
hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Sepanjang
perjalanan, Khareena dan Avira tidak bercakap walau sepatah pun.
“Reen,
tolong pegang handphone aku ni. Aku
nak pergi belakang kejap,” Avira memecah suasana.
“Okey,”
sepatah perkataan sahaja keluar dari bibirnya.
Khareena
melihat-lihat Avira yang duduk di belakang sekali bersama Alif.
‘Huh,
nak pergi menggedik rupanya!’
Handphone
Avira dipandangnya lama. Terbit satu perasaan ingin melihat apa yang ada di
dalam handphone itu.
‘Hmm,
Avira tak pernah melarang aku untuk tengok apa-apa yang ada dalam ni.’ Hatinya
menyokong tindakannya.
Dengan
berhati-hati, Khareena membuka ruangan mesej. Tidak ada apa-apa yang
mencurigakan. Apabila dia scroll
sahaja ke bawah, terlihat nama Alif begitu banyak sekali. Kerana perasaan ingin
tahu yang membuak-buak, Khareena membuka mesej-mesej tersebut. Alangkah sakit
hatinya. Tidak sangka selama ini Avira, sahabatnya berpura-pura couple dengan Alif. Jadi betullah apa
yang dia lihat sejak kebelakangan ini cuma sandiwara.
Khareena
cuba untuk menahan sesak di dada, namun dia tewas juga untuk kesekian kalinya.
Sakitnya tidak terhingga apabila ditikam dari belakang. Namun dia benar-benar
tidak mengerti. Kenapa si Avira nak sabotaj dia pula. Kalau ya pun, apa
motifnya? Khareena bingung memikirkan sebab musabab Avira bertindak seperti
itu.
Arghhh!
Apa sajalah yang ada dalam fikiran perempuan gedik tu. Haa, kan Khareena dah
naik hantu. Bukanlah sebab dia gilakan si Alif tu sangat. Cuma dia tak sangka
dan tak pernah terlintas di benaknya Avira tergamak menyakiti hatinya.
Laju-laju
Khareena menyeka air matanya. Dia harus kuat untuk menghadapi semua ni.
Penjelasan akan dia dapatkan setelah sampai ke destinasi. Walau apa pun yang
terjadi, dia harus tahu juga apa yang menyebabkan perkara seperti ini boleh
terjadi.
Dalam
bilik hotel….
“Vee,
aku nak tanya kau something boleh
tak?” Khareena bertanya sambil mengeluakan beberapa helai pakaian.
“Tanya
ajelah,” acuh tak acuh Avira membalas.
“Kenapa
kau couple dengan Alif? Macam mana
dengan Duan?”
“Kau
nak tahu kenapa?” Kali ini rentak suara Avira berubah.
“Yes! I really need an explanation! I really
need it!” Tegas Khareena.
“Kau
dah lupa apa yang kau pernah buat dengan aku?” Mata Avira mencerlung tajam.
“Apa
yang aku dah buat dengan kau?” Suara Khareena mengendur sedikit. Pelik sungguh
dia mendengar pertanyaan Avira.
“Kau
tahu kenapa aku jadi macam ini?” Tanya Avira lagi.
“Sebab
Qalif kan?”
“Yes! Because of him. But do you know who is
the bitch?” Kasar suara Avira. Amarah yang ditahan-tahan membuatkan dadanya
sesak. Sungguh, dia ingin meluahkan segala-galanya hari ini. Apa yang terpendam
selama ini akan dibongkarkan di hadapan pemilik nama Khareena Ayuni.
Khareena
sedikit terkejut. Dia nampak perubahan wajah Avira. Dan ia sangat menakutkan.
Memang, dia tahu apa rahsia yang membuatkan Avira menjadi perempuan gedik di
SMK Dato’ Haji Hadi itu. Tapi, dia masih
tidak tahu keseluruhan rahsia itu. Dadanya berdebar-debar saat ini. Apakah
semua itu ada kaitan dengan dirinya?
“Tolong
jelaskan segala-galanya Hanis Avira,” Khareena meminta dengan lembut. Pelbagai
soalan menujah fikirannya sekarang. Dia tidak betah berada dalam situasi yang
mendebarkan ini.
“Perempuan
tu kau, Reen!” Air mata Avira menitis dari kelopak matanya.
Khareena
terkedu, terkaku, terkujat dan sebagainya. Dia tidak percaya dengan apa yang
dia dengar dari mulut Avira. Tapi apabila dia melihat wajah Avira, terpancar
rasa bersalah sangat-sangat. Masakan sahabatnya itu mahu berbohong pula.
Mustahil air mata yang jatuh mencurah-curah kala ini air mata palsu. Avira
kelihatan sakit sekali. Sakit menanggung kekecewaan.
“Tapi
aku tak kenal siapa Qalif!” Khareena berusaha mempertahankan dirinya. Dia
memang tidak kenal siapa Qalif.
“Kau
memang tak kenal dia. Tapi dia kenal kau!” Bentak Avira lagi. Air matanya masih
bersisa.
“Dah
tu, kenapa kau salahkan aku pula?”
“Aku
suka tunjuk gambar budak-budak kelas kat dia. Bila aku tunjuk gambar kau, dia
macam terpegun dan dia asyik puji kau. Tapi aku buat tak tahu ajelah. Sebab kau
memang cantik. Sampai satu ketika, dia minta nombor kau. Aku tak bagi sebab aku
tahu kau mesti tak suka punya. Lagi satu, aku cemburu. Kau bayangkanlah, Qalif
minta nombor kau kat aku. Memang gila kan?”
Khareena
hilang kata-kata. Dia tidak tahu akan perkara ini. Kalau boleh dia ingin lupakan
segala yang diperkatakan Avira. Menyesal sungguh dia kerana membangkitkan hal
itu. Sepatutnya, dia tak perlu tahu semua ini. Bukan dia yang mengundang perkara
itu berlaku. Avira tidak sepatutnya menyalahkan dia dalam hal ini.
“Kau
terkejut? Aku tahu kau tak percaya dengan apa yang aku cakapkan. Aku juga tahu
kau memang tak bersalah. Tapi aku tak boleh terima bila dia kata dia nak putus
dengan aku. Dia cakap dia dah jatuh cinta dengan kau, Reen!”
Khareena
menelan liur. Dia memang tidak percaya dengan semua ni. Tak masuk akal
langsung. Tengok gambar dah boleh suka.
“Ka…kalau
kau tahu aku memang tak bersalah, kenapa kau buat macam ni dekat aku?”
“Sebab
Alif minta tolong aku untuk hilangkan perasaan kau terhadap dia. Dan aku ambil
kesempatan ini untuk sakitkan hati kau. Untuk puaskan hati aku yang dah lama
menggila nak hancurkan hidup kau. Setiap kali aku nak kenakan kau, mesti tak
jadi sebab aku tak sampai hati. Aku sayangkan kau. Kau aje yang mampu bertahan
dengan sikap aku. Tapi kali ini aku kuatkan hati…”
“Cukup!”
Khareena memotong cakap Avira.
“Alif
minta tolong kau untuk hilangkan perasaan aku terhadap dia? Apa semua ni?”
sambung Khareena lagi. Dia benar-benar ingin tahu apa maksud di sebalik
kata-kata Avira itu.
“Tolong
dengar apa yang aku nak cakap dulu Khareena Ayuni. Kau tahu tak, Qalif
kemalangan sampai kena amnesia sebab nak
jumpa kau?”
Nak
tercekik Khareena mendengarnya. Dia membuat aksi hendak muntah.
“Kau
ingat aku main-main ke ha? Aku cakap betullah. Benda tu jadi depan mata aku.
Dia nak minta nombor kau. Excited
punya pasal sampai tak tengok kiri kanan masa melintas. Tak pasal-pasal aje
kena langgar. Nasib hilang ingatan, kalau meninggal tak ke naya jadinya.”
Sungguh
Khareena rasa nak tergelak tapi sedaya upaya dia cuba menahan.
“Qalif
langsung tak ingat siapa aku. Dia ingat dia baru nak ambil UPSR. Padahal dah
tingkatan dua. Sadis betul!” Avira sambung bercerita.
“Itu
yang terbaik Vee. Setidaknya, kau rasa lega sebab dia tak kenal pun kau siapa.”
“Mungkin.
Pasal Alif tu, dia memang tahu kau suka dia. Jadi, dia tak naklah buat kau
berharap. Aku bagi idea suruh dia couple
olok-olok dengan aku sebab nak sakitkan hati kau aje. Tapi secara tak langsung
kau mesti akan benci dia kan. Alif tak mampu nak balas apa yang kau rasa sebab
dia anggap kau sahabat dia. Tak lebih daripada tu, Reen! Dia harap sangat kau
anggap dia macam kawan baik kau. Macam dulu-dulu.”
“Okey,
aku faham. Aku pun bukannya gila sangat kat dia tu,” cebik Khareena. Avira
ketawa kecil.
“Reen,
aku minta maaf sangat-sangat. Aku terlampau ikutkan perasaan. Tapi serius aku
rasa lega. Lega yang teramat sangat bila dapat luahkan segala-galanya,” Avira
menundukkan wajahnya. Kesal kerana terlampau ikutkan hati.
“Aku
maafkan kau Vee. Kita kan BFF!” Khareena mengukir senyum. Senyuman yang ikhlas
dari hati.
Avira
memeluk Khareena erat-erat. Dia mengharapkan hubungan persahabatan antara
mereka berdua semakin kukuh dan kekal hingga ke syurga.
“Vee,
pasal Alif tu aku tak kisah dah. Tipulah kalau aku cakap aku tak suka kat dia
lagi. Tapi rasa tu makin menghilang,” tulus Khareena berkata.
“Reen,
aku nak berubah. Aku tak nak nak terus macam ni. Sepatutnya aku dah lama move on. Tapi sebab dendam aku yang
merepek ni, aku mainkan hati lelaki. Kau yang setia dengan aku selama ni pun
aku sanggup buat macam ni. Semua sebab dendam. So, aku nak jadi diri aku sendiri. Diri aku yang dulu. Bukan yang
macam ni.” Air mata Avira bercucuran lagi. Air mata penyesalan kerana
mensia-siakan hidupnya dengan dendam.
“Good for you! Aku akan kekal sebagai
sahabat kau Vee. Lepas ni dah tak adalah title perempuan gedik SMK Dato’ Haji
Hadi. Kalau ada pun, orang tu bukan bernama Hanis Avira.”
“Aku
sayang kau, Reen!” ucap Avira ikhlas.
“Aku
pun sayangkan kau Vee!”
Mereka
berdua mengukir senyuman manis. Bagai tiada apa apa-apa yang pernah berlaku
antara mereka. Pergaduhan yang terjadi telah mengukuhkan tali silaturahim
mereka berdua. Semakin rapat, bukan semakin renggang. Memang itulah yang
sebaiknya kerana sesungguhnya manusia itu tidak sempurna bahkan tidak layak untuk
saling benci-membenci dan dengki-mendengki.
No comments:
Post a Comment